14 April 2009 jatuh pada hari Selasa aku tlh disenaraikan utk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.Pusat exam tu telah dijadualkan di Dewan Kuliah JPA, Aras 6 Sapura @ Mines, Sri Kembangan..
nak dijadikan cite aku ni yg xbape nk pandai jln2 KL ni mane le reti nk p ke sana tu..memandangkan aku ni hanya tau jln nk p & blk keje jer..huhu..
ari isnin tu lps je aku blk keje aku pun ajk ler bf aku p survey jln tu...ms tu baru je ps ujan..
aku pk myb lps ni da xujan da kot..rupe2 nye lg lbt lak ujan nyer..da r ktorg ni sesat..mklumlah xtau jln pstu survey jln pun naik motor jer sbb tkt jam & sesat naik kete lg susah nnt..
nk tau ktorg p mne??huhu...lps ke h/way nk p ke kuantan tu...ntah hape lah name nyer h/way tu aku pun xtau...
ape lg da cuak r xtau nk u-turn ktne sbb mmg h/way btl tu..aku da tensen jer atas motor tu..da r ujan lbt gle..moto yg lain aku xnmpk lalu pun..kt h/way tu hnye motor ktorg jer yg ade...
pstu ktorg nekad nk lalu kt divider yg ade palang2 tu..
nsb baik palang tu leh bukak tau..klau x,xtau lah cmne??huhu...so,ktorg dpt lah u-turn kt situ..
sampai je umah da basah lenjun dah...da aku & bf aku xbpe sihat sbb batuk..so, b'tmbh2 ler batuk aku tu...aku pun ckp kt bf aku jom je lah blk..da mmg xlarat da ni..sok nk exam tawakal aje lah..
esok nye nk p exam lak..jln msh xtau g..pstu br aku t'ingat miza pun exam ngan aku gak..aku pun sms die tp die xreply pun..myb da dibuai mmpi indah b'sama bf die lah tu..aku pun ikut lah same m'buai mmpi2 indah aku...huhu...
esok nye seawal 5 pg die sms aku..aku pun cm xcaye jer..biar betul minah ni..xkan pkl 5 da bgn kot..huhuh..rupe nyer die t'sdr kul 5 so trs reply sms aku tu..so ktorg deal nk gerak sekali p exam tu..tp same jer..due2 xtau jln gk..so, same2 lah ktorg m'cari seawal 8.00 pg da grk dr jln. duta..huhu..
lupe lak ade mmbr aku g sorg join gk, ida..die lgsg xtau jln per..huhu...wlaupun ktorg xpndai jln tu, tp buat2 pndai jer r..hihihi...
so, da mmg dijangka ktorg SESAT...seronok btl sesat ni...heheh....ktorg da tensen jer dlm keter..exam start kul 9.30..tp nk dkt 9.30 ktorg leh p putrajaya lak sbb dr putrajaya lg senang kot..(kate miza lah..)
lg pun ktorg mntk tlg mmbr ktorg yg kejer kt putrajaya tu..akhirnyer ngan susah & payah nyer smpai lah ktorg di sapura...(adoyai..apsal lah diorg buat exam ni jauh sgt..tensen aku)
tp ktorg smpai lmbt r..kul 10 bru smpai tau..nsb baik leh msk gk..tp ms msk tu tggl lg 20 minit lg jer...
wt pun cincai2 jer...jgn xbuat jer..hehehe..hopefully pass r..(angan2 jer r kot..hehe...)
Monday, April 20, 2009
Sesat Mencari Sapura
Posted by norazmamyra88 at 10:16 AM 1 comments
Monday, April 13, 2009
Cute Cat
“Good friends are like stars....You don't always see them, but you know they are always there.” “In the End, we will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends.” (Martin Luther King, Jr.)
Look at this cat..very cute rite???that's why i like cat damn much...huhu...
Posted by norazmamyra88 at 12:03 PM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
Motivasi Sikit...
Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat ?DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Posted by norazmamyra88 at 12:36 PM 0 comments
Wednesday, April 8, 2009
Aku Bertunang????
Ari ni ofis aku ni agak kecoh gak r dgn my story bout MY ENGAGEMENT????many of my fren ask me bout it...huhu...also mak cik-mak cik yg ade kt sini..all of them bz2 ask me bout my engagement...
"Amy, betul ke kamu nk tunang???ngan sape???bile???"
Adoyai..sape lak r yg wt citer ni...pening aku pk cmne suddenly kuar citer yg hot ni???huhu...
Me myself also surprised bout it..mane x nyer tbe2 jer timbul bout it...ntah press dr mane lar pulak nk kecoh2 ni..huhu...LOL..:')
Pk punye pk...ha....br aku ingt...
rupe2 nye pasal aku nk cuti 4 & 5 Mei ni..Jenuh r aku terangkn blk the real story to all of them..
citer nyer cmni..ari tu aku ade tnye akak ni suruh die ganti tmpt aku mase aku cuti nnt..die tu typist kt ofis aku..n then die ckp kt aku xleh sbb PA SUB pun cuti time tu..
so aku pun ckp xpe ler..n then die tnye aku blk npe aku nk cuti???aku ckp r akak aku nk tunang...rupe2 nye die da t'salah dgr r kot..yg die dgr aku yg nk tunang...
so, da abis 1 ofis die ckp aku ni nk tunang bln dpn...huhu....lucu btl akak ni...heheh...
so, skrg ni mkne nyer aku xtunang lg lah...klau aku btl2 b'tunang nnt mst aku bg tau nyer k...huhu...
Posted by norazmamyra88 at 12:24 PM 0 comments
Thursday, March 19, 2009
Pengorbanan Seorang ADIK
Aku harap semoga semua dpt mengambil iktibar drp cite aku yg baru aku dpt ni..aku pun br je dpt email cite ni..
Cite ni b'kisah ttg 2 beradik yg masih m'punyai ibu & bapa..Cube fikir & renungkan sejenak adakah kita ayah seperti di dlm cite ni yg garang tidak b'tempat @ sebaliknya & adakah kita seperti adik yg sggup b'korban demi kebahagiaan kakaknya @ kita adalah kakak yg bnyk t'hutang budi ngan adiknya yg sanggup b'buat apa saja demi melihat kakak nya bahagia & juga kakak yg hanya tau menangis bila adiknya dipukul ayah wlaupun kesalahan t'sebut adalah b'punca drp dirinya sendiri.Baca cite ni & hitung lah sendiri...
(Gambar Hiasan)
Pada ayah - didiklah anak dgn baik jgn kedekut dgn anak-anak jika ada keinginan dan keperluan mereka cuba tunaikan jika x berdaya cakap dgn baik-baik.....dan selalulah berkomunikasi dgn anak-anak...masa kecil mereka tiada siapa kecuali ayah dan ibu sebagai tempat bergantung....patutlah Allah memuliakan anak yatim...mereka sebatangkara.....bacalah kisahnya...dan sekiranya ada titisan air mata bercucuran maka anda memahami dan menghayati cerita ini.....berbuat baiklah pada anak yatim......mereka tiada sesiapa didunia ini......sayunya cerita ini apatah lagi kepada yang mengalaminya.....Hanya satu kisah..

(Gambar Hiasan)
Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,"Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut."Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu.
Aku terdengar ayah berkata,"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,terdapat sehelai kertas yang tercatat....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.
"Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria."Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."
Posted by norazmamyra88 at 9:47 AM 0 comments
Monday, March 16, 2009
Kembali Ke Blog...
Lame xupdate blog ni..bukan pe cume malas je..kdg2 jeles gk tgk mmbr2 sume update blog diorg..xpe r..mulai ari ni aku akan cube rajin2 kn diri utk mengupdatekan blog ku ini..huhu...
boring gk kt ofis ni..ble xde keje boring tp ble bnyk keje smpai xcukup tangan lak...ahaks..
erm...skrg ni aku bkn pool lg cam dulu..skrg ni aku da ade bos sendiri..lelaki tapi singh..huhu...name bos aku Saudagar Singh..bkn saudagar kain ke saudagar sari ke tau..tp Saudagar Singh..aahaha...(klau die bace mampos aku..hihihi..jgn marah ye bos..)
setakat ni Alhamdulillah..die ok2 je..tp mase mule2 dulu ade org cakap die ni klau blh xnk PA..sbb dulu die pnye PA xambik berat sgt pasal die sgt..sbnrnye bos aku ni br je naik pangkat dr M 52 ke M 54..dulu die KPSU K (TMP) tp sekarang die da jd TSUB (DL).masa ngan PA lame die,die xpenah bg pape keje pn kt PA die..sume die wt sendiri t'masuk claim, cuti, borang b'tugas luar pejabat, tempahan kapal terbang, pendek kate semua die wt sndiri lah..lg pn sblm die naik pangkat, semua tu die wt sendiri jer....agak nye da t'biase kot..die pn br je dpt naik jd TSUB (DL) ni dlm bln 10/08..kebetulan mase tu PA lame die ni da tawaran naik pangkat ke N 22 (M).
bln 1/09 br dapat surat penempatan PA lame die..Then, automatically aku lah yg ganti tmpt PA tu..huhu...
Mule2 takut gk ngan bos aku ni..mmg b4 this aku xpenah sembang ngan die pn..tup2 kene jd PA die lak..mau xgelabah tahap cipan..hahaha...g pn dgr2 cite die ni jenis yg straight org nye..tp nk wt camne kn..aku ni keje makan gaji..so, kene dgr lah ape org atas ckp..b'tindak m'ikut arahan...hahah....
Die pn ok gk ngan aku...xpenah r marah aku g...die ni bkn jenis org yg suke push & yg sikit2 PA, sikit2 PA..so, aku ni xbnyk keje sgt r...heheh....kdg2 klau die bg keje ade r keje..(tu pun jarang sekali...)
Bos aku ni pn bnyk gk tolong aku..ye r..aku ni budak baru belajar..ahakss...
Ha...lagi satu, bilik bos aku ni jauh dari blk aku tau..mmg ade blk utk die..tp die yg xnak duk kt blk 2..die ckp still nk duk kt blk lame die..katenye blk tu ade 'ong'..'ong' ape pn aku xtau...heheh...dgr cite dr mule dl die mmg duk blk tu..coz die pn mule dr bwh gk..tu yg die kate blk tu ade 'ong' kot..huhu..cume aku r susah sikit nk tgk p'gerakan die ke mane2..blk die ngan blk aku selang sebuah blk yg sepatutnya die duk & ade 1 blk mesy..tp die mmg xmenyusahkan sbb klau ade pape die xkan intercom aku pn..die dtg ke meja aku tau..best btl bos aku ni..huhu...
myb bln 6 ni bhgn aku ni akan b'pindah ke putrajaya..harap2 ble duk sblh2 nnt xde mslah lak r...
stkt ni aku xde lg gmbr bos aku..nnt klau aku da ade gmbr die aku post kt sini..saje nk tnjk betapa encem nye bos aku ni...huhuhuhu....
gmbr blk aku pn aku mls nk post sbb b'selerak siot...hahaha..biase r..br je ditinggalkan sendirian & xtau nk uruskan bilik cmne g..(alasan je tu..sbnrnye malas...hihihiii)nnt klau da kemas sikit aku post kt sini utk tatapan semua rakan2 yang disayangi...{^.^}
Ok lah...penat lak aku menaip wlaupun baru je bpe p'kataan..lain kali klau aku rajin aku update g k..semoga korg t'hibur ngan cite aku...(wlaupn xr menarik pun...hihihi...)
Posted by norazmamyra88 at 2:38 PM 0 comments
Wednesday, September 3, 2008
1st day keje sbg PA...
3/9/08
da lame sy x update sy nyer blog ni..bkn pe...cume x b'kesempatan jer...
k r...ari ni sy nk mule blk update blog sy ni...
huhu....sedih nyer...ari ni sy mule b'khidmat di Kementerian kesihatan Malaysia (KKM).sedih r...ingtkan leh jd PT(Kesetiausahaan) jer..tibe2 kene jd PA kpd timb. Setiausaha Bahagian (IL) KKM...
takut giler tau...1st time kejer r katekan...mmg takut sgt2....sy kene gnti pn. aminah bt sakip yg ngh cuti b'salin skrg...jwtn sy skrg mmg pt(K) tp sy hnye gnti wt sementara jer...myb dlm ms 1bln jer..
ari 1st pn da gelabah cam pe jer...penat gk r nak wt keje ni...tp Alhamdullilah bos sy ni baik sgt.pompuan lak tu.name die Pn. Nik Noraihan Thani bt. Nik Hassan Thani.cian kt bos sy sbb dpt sy yg mmg xde pengalaman pn...nsb baik puan nik ni sabo orgnyer...
xsgke lak upenye jd pa ni susah gak.tp sy kene cube gak kan???g pn sy ade pengalaman sikit ms practical dulu.
so...sy hrp bos sy dpt b'interaksi dgn lbh baik lg...semoga awk sume doakan sy agr success slalu...
ok lah...klau rjin sok sy update lg k...tata....
Posted by norazmamyra88 at 1:14 PM 0 comments











