CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 18, 2009

ETIKA BERSAHABAT

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.



1. KESABARAN

Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG

Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS

Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI

Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR

Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI

Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN

Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR

Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA

Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI

Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT

Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselesaikan!

12. SALING BERHUBUNG

Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH

Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.


Jadilah teman ibarat bola rugbi> belum dapat REBUT; sudah dapat LINDUNG
Teman itu bukan seperti bola sepak> belum dapat KEJAR; sudah dapat TENDANG


p/s : terima kasih kpd semua sahabat2 saya yg paling saya sayangi dan hormati..sayang kt korang semua tau..wish u all d best & may Allah bless u all..luv & misz u damn much...

Tuesday, June 16, 2009

Emmm...Boring tahap cipan aku ari ni..da la ngantok..huhu..xtau nk wtpe da ni..cmne ni??da la ari ni pose...(pose pn nk bg tau..huhu..)
bos aku lak blk dr meeting kul 5 lbh smlm tbe2 je ckp kt aku nk cuti..wlaupun dlm ati gumbira xt'kata tp wt muke t'kejut je la..tnye la die..npe bos nk cuti??kate nyer die nk p blk kg sbb last weekend die blk kg lps blk dr bukit merah laketown resort ari sbtu lps..kate nyer kad ATM die kene telan dek ATM mesin tu..wakakaka...sbr jer la..tu la..bnyk sgt duit tu..heheh...(a.k.a kedekut lak tu..korg jgn bg tau die lak tau...wahahhaha....)
smlm pn aku blk kuar ofis da kul 5.45 pn..tensen je aku blk lmbt2 ni..da la naik bas..bkn pe..aku ni mls la nk drive ni..ngan jln jammed nyer...aku tensen klau bwk kete jln jammed ni...nk patah kaki aku ni..ye la..kete kn manual..ari tu ade la sekali aku t'perangkap dlm jammed yg teruk nk mampos ni..smpai 2 jam ++ aku bwk kete tau..sedangkan sepatutnya dlm 1/2 jam aku da leh smpai ofis da..(makne nye aku dtg lmbt ler..muahahaha...)fuhhh...mmg kaki aku pun jammed sekali asyik tekan clucth tu..aduyaii...mmg sekse siot..klau la aku ni ade kuasa cam transformer tu nk je aku tukar kete aku tu jd heli ke kpl terbang ker..sbb ikut tu je yg xjammed..pstu ngan bangger nyer aku tnjk kt diorg2 yg ngah jammed tu yg aku leh terbang...muahahah..tensen haku...klau jammed2 ni pe lagi..minyak pn dgn cpt nyer diserap oleh enjin kete aku ni..br je isi full tgk2 da tggl 1/2..ermm...sbr jer la...nk kate pe lg...smpai ofis lak duit parking da 5 hengget...klau aku ikut tol kene lak 1.60 + 2.00 (ni klau aku ikut LDP & Penchala) @ 1.90 (klau aku ikut NKVE) tp aku mmg xsggp klau pg2 nk ikut NKVE...jln mmg jammed gle...klau aku nk elak dr tol aku kene ikut Kepong la...tp xthn ngan lmpu isyarat nyer lak..heheh...ntah ble la aku leh pndh blk kg ni...waaaa....nk blk kg...
tp klau ikut kn bgs gk duk merantau ni..b'kembang sikit drp duk t'peruk kt kg jer...hahahah....xpe la..smentara muda + blm kawin lg...leh la duk merantau tmpat org kan3...

Friday, June 12, 2009




Post ni aku nk share ngan korg samada yg da kawin/br nk kawin dll..semoga m'jadi panduan kpd semua.aku br je dpt email ni dr kak min..sgt sesuai utk wanita yg sudah b'gelar ISTERI...layanz....

" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.
"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba.
"Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.


SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."
Teringat pesan ayah di suatu petang. "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

p/s : ni yg takut nk kawin ni..cmne ni???bkn takut per..tkt xleh nk pikul t/jwb dgn sebaik mungkin...xkawin leh x??huhuhu...(gurau jer..sape xnk kawin woiii...heheh)